Student Welfare and Counseling
Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (UniK) merupakan salah satu unit di bawah Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS bermula pada 1 Ogos 2011. UniK menyediakan perkhidmatan membantu para pelajar atau individu dalam perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi.
Seramai 4 orang Pegawai Psikologi yang bertauliah dan berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia yang bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan kaunseling serta dibantu oleh empat orang Penolong Pegawai Psikologi yang berpengalaman. Pegawai Pembangunan Masyarakat bertanggungjawab menguruskan urusan kebajikan pelajar yang meliputi bantuan kebajikan, agihan zakat dan sumbangan serta tuntutan insurans. .

Objectif
- Melaksanakan khidmat bimbingan dan kaunseling secara individu dan kelompok kepada pelajar, staf dan komuniti setempat agar mereka memperolehi kesejahteraan dan kestabilan psikologi, kemahiran interpersonal serta dorongan untuk membuat perubahan diri yang positif.
- Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan khidmat rundingan yang melibatkan Bantuan Kewangan Pelajar UNIMAS kepada pelajar yang memerlukan bantuan.
- Menyelaras dan melaksanakan konsultasi dan pengurusan berkaitan hal ehwal pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meningkatkan kefungsian dan potensi yang terbaik.
- Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi dan kaunseling yang merangkumi perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan bagi meningkatkan penghargaan diri dan potensi diri pelajar agar seimbang dari sudut akademi dan sahsiah.