Student Affairs and Alumni Division

SISPA

Institusi Pengajian Tinggi (Universiti/Maktab Perguruan/ Politeknik) pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor SUKSIS serta lain-lain pasukan beruniform.

Sejajar untuk mencapai salah satu daripada lapan teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu teras kesukarelawan, merujuk kepada mahasiswa perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai unit beruniform agar dapat melahirkan golongan mahasiswa yang mantap dari segi akademik, fizikal, mentak dan kemahiran insaniah.

Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada peri pentingnya penubuhan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada mahasisawa itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat.


Objektif

  • Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi individu yang berpengetahuan dalam ilmu
  • Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan diperingkat komuniti universiti.
  • Melahirkan mahasiswa yang mampu berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
  • Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara.

Silibus Latihan Pertahanan Awam di UNIMAS bermula dari semester satu hingga semester lima yang perlu diikuti oleh Pegawai Kadet SISPA untuk melayakkan mereka ditauliahkan menjadi Pegawai Pasukan berpangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam. Latihan untuk kursus Kor SISPA selama lima semester adalah berjam kredit. Latihan kursus yang ditawarkan ialah SIS 1012 (Tahun 1), SIS 2022 (Tahun 2) dan SIS 3032 (tahun 3). Silibus merangkumi sukatan pelajaran berpandukan buku panduan pengurusan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam yang telah dibekalkan dan digunapakai serta merangkumi latihan Pertahanan Awam.

Bidang Latihan

  • Pengetahuan Asas Pertahanan Awam
  • Kemahiran Asas Pertolongan Cemas
  • Kemahiran Asas Melawan Kebakaran
  • Kemahiran Asas Menyelamat
  • Kenegaraan
  • Etika/Moral

Syarat-syarat Menjadi Pegawai Kadet SISPA

  • 1. Warganegara Malaysia
  • 2. Pelajar-pelajar yang berdaftar di IPTA/IPTS
  • 3. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu)
  • 4. Tidak menyertai pasukan pakaian seragam yang lain
  • 5. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/IPTS
  • 6. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan dan lulus temuduga kemasukan.

Pegawai Kadet SISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pertahanan Awam. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum berjam kredit di IPTA/IPTS.

Pentauliahan

Pegawai Kadet SISPA yang telah mengikuti semua latihan dan kursus wajib serta lulus dengan jayanya dalam semua ujian layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Kerjaya

Pegawai Kadet SISPA yang telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam berpeluang dan boleh memohon jawatan dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam atau pegawai Pertahanan Awam dan tertakluk kepada pengambilan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

SISPA