Student Affairs and Alumni Division

SUKSIS

P enubuhan Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi (SUKSIS) adalah cetusan idea YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu beliau melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4 Februari 1999. Ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Antara lain tujuan penubuhannya adalah untuk menjadikan mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi sebagai mata dan telinga Polis Diraja Malaysia dalam membenteras kegiatan jenayah selain menjadikan mereka lebih berpengetahuan dalam undang - undang negara serta mempunyai nilai disiplin yang tinggi. Secara tidak langsung ini akan melahirkan generasi ilmuan yang matang serta boleh menjadi pemimpin berwibawa di masa hadapan.

Projek perintis penubuhan Kor SUKSIS telah dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia pada 16 Julai 2002 yang dirasmikan oleh Datuk Kamarudin Md. Ali, Pengarah Pengurusan PDRM ketika itu. Sehingga kini sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menubuhkan Kor SUKSIS di kampus masing-masing. Bagi UNIMAS, pengambilan peserta telah dibuat mulai sesi 2005/2006.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang penubuhan Sukarelawan Polis (PVR) yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Pengambilan anggota Kor SUKSIS dibuat menerusi sistem temuduga ke atas pelajar-pelajar tahun satu program Ijazah Pertama. Panel temuduga terdiri daripada Ketua Polis Negeri (wakil), wakil Universiti (Timbalan Naib Canselor HEPA), wakil Ketua Polis Negara dan Setiausaha

Bahagian Hal Ehwal Awam Kontinjen). Pelajar-pelajar berkenaan perlu melalui tapisan keselamatan / jenayah dan disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan sebelum diterima untuk menjadi pelatih Kor SUKSIS selain melepasi kelayakan fizikal yang lain. Kuota pengambilan bagi setiap sesi ialah 70 anggota iaitu 35 siswa dan 35 siswi.


Objektif

  • Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepolisan.
  • Menerapkan nilai – nilai murni, jati diri pembentukan sikap positif, berdisiplin tinggi selaras dengan budaya PDRM.
  • Membina ketahanan fizikal, mental dan spiritual ke arah pembentukan anggota Kor SUKSIS yang berketrampilan dan seimbang.

LATIHAN ASAS

Latihan Asas Kor SUKSIS berorentasikan akademik, latihan fizikal dan peperiksaan yang menjadi pra - syarat kepada siswa / siswi untuk dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan Polis. Menjalani latihan melalui kaedah pembelajaran yang berinovasi akan memberikan hasil pembelajaran (L.O.) yang mantap dalam usaha untuk melahirkan Pegawai Sukarelawan Polis yang mempunyai jati diri bersesuaian dengan motto PDRM iaitu ` Tegas, Adil dan Berhemah ’.

LATIHAN ASAS

Tempoh latihan ialah selama 3 tahun (6 semester) melibatkan 672 jam masa perjumpaan.

SENARAI KURSUS

3 pakej kursus wajib didaftar oleh semua anggota dan mencapai taraf ‘lulus’ sebelum mereka layak ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis. Kursus yang ditawarkan ialah SKS 1012 (Tahun 1 ) SKS 2012 (Tahun 2) dan SKS 3012 (Tahun 3 ) dan pelajar boleh mendaftar mengikut Sesi Pengajian masing – masing mulai semester kedua setiap tahun.

SENARAI KURSUS

  • Akademik ( undang – undang )
  • Latihan Luar
  • Pembangunan Sahsiah
  • Latihan Pilihan / Lawatan

PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan Akhir akan diadakan pada bulan April setiap tahun.

  • Warganegara Malaysia
  • Tinggi Lelaki-162 cm ( 5’4’ ) Wanita -152 cm ( 5’ )
  • Berat Badan Lelaki - 48 kg Wanita - 43 kg
  • • Lilitan Dada Lelaki - 81cm /86cm - (32” / 34”)
  • Disahkan sihat oleh pegawai perubatan
  • Tahun Pengajian - Pelajar tahun 1 Program Ijazah Pertama

Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Kor SUKSIS, Kampus Timur, UNIMAS.

TEMUDUGA

Temuduga pengambilan akan diadakan pada bulan September bertempat di Bangunan HEP Kampus Barat, UNIMAS. Ahli Lembaga Temuduga dan tarikh temuduga akan ditetapkan kemudian.

Elaun Latihan

  • Pegawai Kehormat RM5.80 sejam
  • Anggota RM4.00 sejam tidak melebihi 48 jam sebulan
  • Elaun Pakaian

  • Pegawai Kehormat
    • Elaun pakaian seragam - RM 300.00
    • Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam
    • Elaun Pakaian Istiadat - RM750.00 ( 5 tahun sekali)
  • Tuntutan upah jahit pakaian seragam RM 200.00 setahun
    • Saguhati Tahunan (Bounti)
    • - Hadir latihan 380 jam setahun - RM520.00
    • - Hadir Latihan antara 240 – 375 jam setahun - RM390.00
    • - Hadir Latihan Antara 120 – 235 jam setahun - RM260.00

PERTAULIAHAN

  • Anggota SUKSIS yang telah mengikuti semua latihan dan lulus dengan jayanya dalam semua ujian layak ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.

KERJAYA

  • Anggota SUKSIS yang telah dilantik sebagai Inspektor Sekarelawan Polis berpeluang dan boleh memohon jawatan dalam PDRM sebagai Inspektor Polis tertakluk kepada pengambilan oleh Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

  • KOR SUKSIS