Student Affairs and Alumni Division

Unit Kebudayaan dan Kesenian

Unit Kebudayaan dan Kesenian (UKK) merupakan sebuah unit di bawah Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Sarawak. UKK berperanan bagi proses pembelajaran, pemeliharaan dan pemuliharaan Seni dan Budaya secara berterusan bagi warga kampus. Disamping itu, UKK juga merupakan wadah untuk kelestarian Seni Budaya, mengangkat dan membangun potensi-potensi bakat dikalangan pelajar, staf dan orang ramai. Dengan kepakaran dan perkhidmatan sokongan yang ada, berjaya menjadikan UKK sebagai sebuah unit yang penting dalam mendokong melaksanakan misi dan visi UNIMAS tercapai.


MISI

Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi serta warga universiti yang peka dan mencintai budaya warisan bangsa.

JANJI KAMI

  • Kami komited memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
  • Kami komited memberi perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Kami komited menjaga nama baik UNIMAS.

OBJEKTIF

  • Merancang, mengurus dan mengelola aktiviti kebudayaan dan kesenian universiti.
  • Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada warga universiti dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan sokongan dalam melaksanakan program kebudayaan dan kesenian.

UNIMAS Culture Body (Badan Budaya UNIMAS= BAYU)

  • BAYU Tari
  • BAYU Gamelan
  • BAYU 24 Seasons Drum
  • BAYU Kugiran
  • BAYU Dikir Barat
  • BAYU Drama Teater
  • BAYU Vokal & Koir
  • BAYU Nasyid

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

  • Studio Tari
  • Studio Rakaman (MIDI)
  • Studio Muzik Gamelan& Tradisional
  • Studio Muzik Moden
  • Panggung Gemilang
  • Galeri Seni
  • Koleksi Kostum
  • Koleksi Alat Muzik Tradisional
  • Sistem Bunyi & Pencahayaan
  • Pentas Mudah Alih & Trusses

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  • Khidmat nasihat kepakaran seni dan budaya.
  • Khidmat bimbingan dan latihan.
  • Khidmat sokongan teknikal dan kelengkapan pentas.
  • Khidmat sokongan busana dan tatarias
  • Khidmat sokongan produksi dan persembahan.
  • Khidmat sosial dan kemasyarakatan.